UMNO Bahagian Kuala Terengganu : Wan Hisham, Ahmad Fanizar tawar diri - Utusan Malaysia

UMNO Bahagian Kuala Terengganu : Wan Hisham, Ahmad Fanizar tawar diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 26 Jun – Bekas Exco kerajaan negeri, Datuk Wan Hisham Wan Salleh menawarkan diri bagi jawatan Ketua UMNO bahagian Kuala Terengganu dalam pemilihan yang akan diadakan pada akhir bulan ini.

WAN HISHAM WAN SALLEH
WAN HISHAM WAN SALLEH

Wan Hisham yang juga penyandang Timbalan Ketua UMNO bahagian itu dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang akan ditentang oleh bekas Naib Ketua Pemuda bahagian berkenaan, Ahmad Fanizar Md Tahar.

Pemilihan yang bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu itu ekoran Ketua UMNO bahagian, Datuk Mohd Sabri Alwi melepaskan jawatannya sebagai memnuhi janjinya untuk mengambil tanggungjawab dengan kekalahan Barisan Nasional di semua kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memuatkan artikel berkaitan…

Wan Hisham memberitahu Utusan Online hari ini, beliau menawarkan diri bagi memikul amanah dan tangungjawab yang berat dalam keadaan kedudukan parti yang cukup lemah dan di kawasan yang dianggap hitam bagi UMNO dan BN.

“Saya terpanggil untuk menerajui kepemimpinan bahagian, berkongsi pengalaman selama 35 tahun bersama pemimpin-pemimpin muda dalam mencorak masa depan parti dan memulihkan keyakinan umum,”ujarnya

Mengenai peluang untuk menang, Wan Hisham berkata, perkara itu diserahkan kepada kebijaksanaan 892 perwakilan cawangan untuk membuat pilihan.

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan turut melibatkan Ketua Pemuda bahagian, Datuk Dr.Najmil Faiz Mohamed Aris.

Najmil yang juga satu-satunya calon negeri yang turut bersaing sebagai calon Exco Pemuda UMNO Malaysia akan ditentang oleh Ibrahim Mohamad, Syed Abd Rahman Tuan Kuning dan Latif Ibrahim.

Bagi Naib Ketua UMNO bahagian, Badrol Hisham Zaki yang akan mempertahankan jawatan pula terpaksa berhadapan dengan dua lagi calon iaitu Asmadi Awang dan Razak Ali.

Bagi jawatan Ahli Jawatankuasa pula, seramai 32 orang calon menawarkan diri untuk bertanding iaitu Alias @ Abdul Karim Mustafa, Ibrahim Muda, Syed Hassan Syed Abdul Kadir, Abd Latif M Yusof, Mohamad Arifin Othman, Meriam @ Normala Said, Othman Ismail, Ismail Mohamad, Ahmad Ali, Ayob Mamat dan Che Mohd Zam Awang.

NAJMIL FAIZ
NAJMIL FAIZ

Turut menawarkan diri ialah Othman Endut, Zamri Awang Hitam, Abdullah Safawi Awang, Ahmad Zamri Sulung, Mamat Awang, Zurin Abd Rahman, Ahmad Tajuddin Mohamad, Syed Aziz Tuan Kuning, Mohd Hanafiah Ismail dan Roslan Afendi Aziz.

Lain-lain calon ialah Mohd Al Marzuki Said, Azimah Abdul Rahman, Rusilawati Ab Razak, Zaki Mohd Noor, Fakrul Azman Abu Bakar, Mohd Anu Rokid Annuar, Nor Azman Md Nor, Mohamad Azmi Abdullah, Ahmad Salahuddin Mustaffa, Ahmad Fadzli Alias dan Mohd Murad Muda.

Sementara itu jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap dimenangi tanpa bertanding oleh Ahmad Embong dan Shahrin Abu Bakar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini