TRX buat laporan polis berhubung penggelapan dana - Utusan Malaysia

TRX buat laporan polis berhubung penggelapan dana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – TRX City Sdn. Bhd. hari ini memaklumkan bahawa ia telah membuat laporan polis pada 22 Jun lalu di Balai Polis Jalan Travers di sini berhubung pemindahan dana TRXC kepada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Dalam kenyataan, ia berkata, pemindahan itu dibuat berasaskan arahan daripada 1MDB dan telah dialihkan daripada kegunaan yang dihasratkan mereka, iaitu untuk projek Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia.

“Sejumlah kira-kira RM3 bilion telah dipindahkan daripada TRXC kepada 1MDB antara pertengahan tahun 2012 hingga awal 2017, ketika ia merupakan anak syarikat 1MDB, atas pemahaman pindahan tersebut akan dibayar balik kepada TRXC,” menurut TRX City.

Laporan polis itu dibuat susulan pengumuman oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semasa sidang akhbar di Putrajaya minggu lepas.

TRX City berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN