Tidak serik diserbu, pengedar beg tangan tiruan masih beroperasi - Utusan Malaysia

Tidak serik diserbu, pengedar beg tangan tiruan masih beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 27 Jun – Biarpun pernah diserbu pihak berkuasa Disember lalu namun sebuah syarikat pengedar beg tangan tiruan tidak pernah serik dan terus beroperasi di Bandar Perai Jaya dekat sini.

Selepas premis perniagaan milik mereka sendiri diarahkan tutup, mereka mengedarkan produk itu ke kedai-kedai lain serta beroperasi dari sebuah rumah mewah tiga tingkat yang disewa di kawasan berhampiran.

Hari ini premis di Taman Mega itu diserbu sepasukan pegawai dan anggota Pejabat Perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pulau Pinang (PPDNKKPP) dan merampas sejumlah beg tangan berjenama tiruan yang dibawa masuk dari China.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa PPDNKK negeri Md. Nasir Mohamad berkata, pihaknya melakukan pemantauan lebih dua minggu selepas mendapat maklumat awam sebelum melakukan serbuan hari ini.

Premis kedai milik mereka pernah diserbu Disember lalu dan kes ini masih dalam siasatan sebelum hari ini sekali lagi kita menyerbu rumah yang dijadikan stor simpanan beg tangan serta pelbagai jenis beg lain yang disyaki tiruan dan dibawa masuk dari China.

“Dalam serbuan ini kami berjaya menahan pemilik syarikat yang merupakan warga tempatan dan isterinya, seorang wanita China serta adik iparnya bersama seorang pekerja warganegara Indonesia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jumlah keseluruhan beg yang diramaps masih belum diketahui kerana kerja-kerja mengira masih dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini