Tiada bayaran letak kereta hujung minggu di Melaka - Utusan Malaysia

Tiada bayaran letak kereta hujung minggu di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 12 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) diarahkan untuk tidak membuat sebarang kutipan bayaran meletak kenderaan pada hari Sabtu dan Ahad di negeri ini, mulai 15 Jun ini.

ADLY ZAHARI
ADLY ZAHARI

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dalam satu kenyataan berkata, perkara itu telah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada minggu lalu. 

Katanya, pengecualian kutipan itu melibatkan 14,115 petak letak kenderaan di dalam kawasan pentadbiran MBMB dengan 5,159 dari jumlah tersebut berada di dalam kawasan pusat bandar.

“Sebelum ini kutipan yang dilaksanakan oleh syarikat Panduan Emas Sdn. Bhd. adalah pada Isnin hingga Ahad, dari pukul 8 pagi hingga 6 petang bagi kawasan pusat bandar, manakala bagi kawasan lain adalah dari Isnin hingga Jumaat (8 pagi sehingga 6 petang), Sabtu (8 pagi sehingga 1 petang) manakala Ahad tidak dikenakan sebarang caj.

“Bagaimanapun, pada mesyuarat lalu kita telah putuskan supaya MBMB tidak lagi mengenakan kutipan pada hari Sabtu dan Ahad ke atas keseluruhan 14,115 petak parkir kenderaan yang terdapat di dalam kawasan pentadbiran MBMB bermula 15 Jun ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN