Suami isteri Myanmar diberkas - Utusan Malaysia

Suami isteri Myanmar diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Misteri pembunuhan pemandu Grab, Aiman Nosri, 27, yang mayatnya ditemui di dalam kereta Perodua Myvi miliknya di Taman Selayang Baru, Selayang Sabtu lalu menemui petunjuk baharu selepas pasangan suami isteri muda warga Myanmar ditahan di Pasar Borong Kuala Lumpur pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Tey Kong Seng berkata, suami isteri itu masing-masing berusia 32 dan 28 tahun ditahan kira-kira pukul 1 pagi di tempat kerja mereka di Pasar Borong Kuala Lumpur.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, polis berjaya menjejaki pasangan suami isteri warga asing ber­kenaan dan seterus­nya menahan mereka bagi membantu siasatan berhubung kejadian pembunuhan pemandu Grab yang mayatnya ditemui dalam keadaan berte­langkup di tempat duduk belakang kereta Myvi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suami isteri itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini