SPRM siasat projek panel solar - Utusan Malaysia

SPRM siasat projek panel solar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang melakukan siasatan membabitkan projek membekal dan memasang panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak yang bernilai RM1.25 ­bilion.

Menurut sumber, SPRM sudah pun mengambil dokumen-dokumen berkaitan projek tersebut yang didakwa diluluskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada syarikat Jepak Holdings Sdn. Bhd.

“Dokumen-dokumen berkaitan dengan projek ini sudah dirampas sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sebelum ini, portal berita, Sarawak Report, melaporkan Najib telah menandatangani dan mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menganugerahkan projek serta membuat pembayaran terus kepada Jepak Holdings walaupun terma dalam kontrak dikatakan tidak berjaya dipenuhi oleh syarikat terbabit.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN