SPRM cari Jho Low, Nik Faisal bagi kes SRC - Utusan Malaysia

SPRM cari Jho Low, Nik Faisal bagi kes SRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah SRC International Sdn. Bhd. (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes berkaitan SRC.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, Jho Low yang merupakan ahli perniagaan dan Nik Faisal diminta tampil segera menghubungi SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Nik Faisal Ariff Kamil, 47, yang memiliki kad pengenalan bernombor 710304-10-6303 mempunyai alamat terakhir di No 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam, Selangor dan No 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam, Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jho Low, 37, yang memiliki kad pengenalan bernombor 811104-07-5701 pula mempunyai alamat terakhir di 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali kedua-dua individu berkenaan agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 03-88700529 atau 010-3187757, emel kepada [email protected] atau mana-mana Pejabat SPRM terdekat. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini