SAUDARA PENGARANG, CABARAN dan masalah golongan penjaja kecil Melayu masih menjadi isu dan agenda pembangunan penting. Penjaja dan peniaga kecil Melayu masih memerlukan bimbingan dan dorongan untuk maju dalam arus ekonomi yang sungguh pesat dewasa ini. Kerajaan pilihan rakyat ini diingatkan supaya tidak mengabaikan mana-mana golongan ketika senang atau susah. Mari kita imbas kembali pakej Strategi Baru Ekonomi yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi…










