Shahrel sah sertai kelab Thailand - Utusan Malaysia

Shahrel sah sertai kelab Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Pe­nyerang prolifik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi sah berangkat ke Thailand hari ini selepas pihak pengurusan PKNP mengeluarkan surat pelepasan rasmi kepadanya pagi tadi.

Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh Shahrel ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi berlepas ke Thailand lewat petang ini.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan PKNP FC yang melepaskan saya pergi sebagai pemain pinjaman kepada Kelab Liga Divisyen 1 Thailand, Nakhon Ratchasima FC.

“Sampai di sana nanti saya akan terus melakukan pemeriksaan kesihatan dan seterusnya menandatangani kontrak bersama kelab berkenaan,” katanya.

Shahrel berkata, dia ditawarkan kontrak lima bulan sebagai pemain pinjaman dan jika berjaya memukau pengurusan Nakhon Ratchasima FC, kontrak yang lebih baik bakal ditawarkan.

Permergian Shahrel yang me­rupakan pemenang anugerah penyerang tempatan terbaik dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan musim lepas didorong dengan keazaman untuk keluar dari zon selesa dan mencabar dirinya ke satu tahap yang lebih tinggi.

“Memang menjadi cita-cita saya untuk beraksi di luar negara. Bermain di liga Thailand adalah satu cabaran yang baharu buat saya dan saya mahu membuktikan anak Melayu juga mampu berjaya seiring dangan kualiti pemain import yang lain.

“Walaupun pendapatan (gaji) saya jika dibandingkan agak tidak setimpal dengan status selaku pemain import di sana (Thailand) tetapi itu tidak mematahkan usaha saya untuk membuat penampilan di Thailand,” katanya.

Shahrel pernah disisihkan dari skuad kebangsaan bawah-23 kerana mempunyai masalah jantung, namun dia bangkit membantu PKNP FC memburu slot Liga Super 2018 pada musim ini dengan siri persembahan cemerlang di depan gol sehingga dipilih me­nyertai skuad kebangsaan.

Selain Shahrel, turut beraksi dalam saingan Liga Thailand ialah pemain berdarah campuran Malaysia, Curran Ferns yang menyertai kelab Sukhothai FC daripada Felda United. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN