KANGAR 13 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim negeri menafikan beliau diserang strok atau angin ahmar sebagaimana laporan sebuah portal petang tadi. Sebaliknya Shahidan memberitahu, beliau hanya mengalami penyakit gangguan saraf pada bahagian kaki yang dijangka sembuh dalam tempoh terdekat. “Keadaan saya makin baik malah masih boleh ke masjid. Sekarang saya masih menggunakan kerusi roda kerana kaki masih belum kuat dan memerlukan rawatan fisioterapi serta…










