Selesaikan isu gelandangan - Utusan Malaysia

Selesaikan isu gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, ISU membabitkan gelandangan bukanlah satu fenomena baharu, namun sejak akhir-akhir ini ia menjadi masalah sosial yang semakin kritikal di mata masyarakat.

Secara amnya, masyarakat memandang serong terhadap golongan gelandangan ini malah nilai diri mereka sering direndahkan.

Persoalannya, adakah mereka akan terus dilabel sebagai sampah masyarakat atau adakah suatu hari nanti mereka dapat menjadi tonggak bagi membangunkan negara?

Memuatkan artikel berkaitan…

Siapakah sebenarnya golongan gelandangan ini? National Survey of Homeless Assistance Providers and Clients (NSHAPC) mendefinisikan golongan gelandangan secara rasmi sebagai individu yang tinggal di sesuatu tempat perlindungan kecemasan atau progam perumahan peralihan mahupun sebagai individu yang tinggal di bangunan yang ditinggalkan.

Fenomena gelandangan menyumbang kepada isu kebersihan di ibu kota khususnya tempat yang menjadi tarikan pelancong luar negara.

Jika masalah gelandangan ini tidak dibendung maka secara tidak langsung iaa boleh merosakkan reputasi dan menjatuhkan imej negara.

Banyak usaha dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara selain aktiviti sindiket mengemis dapat dibanteras. Namun, masalah gelandangan menjadi rumit kerana mereka mempunyai kumpulan masing- masing yang menguasai kawasan tertentu.

Berbekalkan pengalaman saya mengikuti program gelandangan di Seoul, Korea Selatan, negara tersebut amat menitikberatkan soal kebersihan terutama tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti Myeondong, Seoul Station dan tempat-tempat menarik lain.

Isu gelandangan di Malaysia seharusnya tidak dipandang enteng oleh masyarakat malah isu ini perlu ditangani bagi mengurangkan masalah kebersihan yang semakin menular. Apabila menyentuh isu kebersihan, perkara pokok yang perlu ditangani adalah sikap masyarakat itu sendiri terhadap pengurusan kerbersihan. Tambahan pula, kita boleh mengambil contoh tahap kebersihan yang begitu tinggi di beberapa buah negara maju seperti Jepun dan Australia.

FATIMAH AZZAHRA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×