Saya tidak curi wang 1MDB - Najib - Utusan Malaysia

Saya tidak curi wang 1MDB – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak menerima faedah atau mencuri wang daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) atau mana-mana pihak lain.

Beliau yakin sekiranya didakwa berkaitan kes 1MDB atas alasan politik, mahkamah akan membuktikan dirinya tidak bersalah.  

Najib berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini menyatakan tidak mudah untuk menahan dan mendakwanya di mahkamah walaupun sebelum ini telah meyakinkan rakyat kononnya beliau (Najib) mencuri berbilion dana 1MDB. 

“Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan (PH) selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.

“Dengan berkata demikian, Tun Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh,” katanya dalam catatan di laman Facebook dan Twitter hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN