Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal sesi - Utusan Malaysia

Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal sesi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal sesi dagangan hari ini disebabkan ketidaktentuan dalam keadaan ekonomi tempatan, kata peniaga.

Pada pukul 9.27 pagi, ringgit disebut pada 3.9790/9820 daripada 3.9750/9780 yang dicatatkan sewaktu penutup semalam.

Peniaga berkata, selain ketidaktentuan fiskal yang jelas dalam negara, kekurangan urus niaga dalam pasaran bon juga dilihat terus menjejaskan mata wang tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali yen Jepun.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9834/9877 daripada 2.9849/9876 yang dicatatkan semalam serta tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3386/3450 daripada 5.3472/3524.

Unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.6976/7019 daripada 4.6977/7024 pada Khamis namun rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6229/6266 daripada 3.6159/6190. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini