Remaja maut putus kepala - Utusan Malaysia

Remaja maut putus kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR – Seorang remaja lelaki maut dalam keada­an mengerikan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya bersama seorang rakan ter­babas sebelum merempuh tiang elektrik di Kilometer 3, Jalan Titi Serong – Tanjung Piandang di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.40 pagi, Ng Yan Heng, 17, dari Tanjung Piandang meninggal dunia di lokasi kejadian apabila kepalanya terputus dan terpelanting empat meter dari badannya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan mendapati mangsa menaiki kenderaan pacuan empat roda Isuzu D-Max dipandu rakannya yang berusia 19 tahun.

Menurut beliau, kende­raan yang dinaiki kedua-dua remaja itu semasa kemalangan dalam perjalanan dari Simpang Lima menuju ke Tanjung Piandang dekat sini.

“Tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut hilang kawalan memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan sebuah kereta Proton Iswara. Selepas itu kende­raan tersebut merempuh tiang elektrik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Omar memberitahu, kemalangan itu juga meng­akibatkan rakan mangsa mengalami kecederaan pada kepala dan tangan kanan manakala pemandu Proton Iswara yang berusia 38 tahun pula luka di kepala.

Difahamkan, mangsa yang maut bekerja di sebuah bengkel mengecat kereta di Nibong Tebal dan sebelum kemalangan dia bersama seorang rakannya keluar pada pukul 11 malam kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN