Rakyat Malaysia perlu malu - PM - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia perlu malu – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 10 Jun – Malaysia tidak akan mampu menjadi sebuah negara maju jika rakyat tidak memiliki rasa malu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sikap rakyat Malaysia yang tidak kisah menghasilkan produk atau memberikan perkhidmatan tidak berkualiti merupakan budaya yang perlu dikikis jika mahu maju.

Katanya, beliau memperkenalkan dasar pandang ke timur bukan disebabkan mahhkan pelaburan dan pemindahan teknologi semata-mata, tetapi juga nilai dan etika hidup masyarakat Jepun yang positif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika kali pertama saya melawat Jepun pada 1961, negara ini merupakan sebuah negara yang musnah akibat perang.

“Tetapi orang Jepun bekerja keras untuk bangunkan negara mereka selepas perang sehingga jadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia.

“Sebab Jepun berjaya bina semula negara terletak pada etika kerja. Kalau tidak ada etika kerja, malas dan tidak ada rasa malu mungkin mereka tidak akan berjaya,” katany.

Beliau berkata demikian ketika berucap dan berdialog dengan rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun pada majlis makan malam sempena lawatan kerja ke Jepun malam ini.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr. Mahathir berkata, disebabakan wujudnya budaya malu dan malu dilihat sebagai gsgal, orang Jepun akan memastikan produk yang mereka hasilkan berkualiti.

Katanya, ini berbeza dengan orang Malaysia yang langsung tidak ada rasa malu jika produk yang dihasilkan atau perkhidmatan diberikan itu tidak berkualiti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini