KUALA LUMPUR 7 Jun – Pulang ke pangkuan keluarga tercinta pasti menjadi saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap perantau di kota menjelang tibanya hari raya. Sejauh dan sesukar mana pun perjalanan yang ditempuh, kerinduan untuk bersama-sama kaum keluarga menyambut Aidilfitri di kampung halaman pasti mengatasi segalanya. Bagi warga kota yang berkenderaan sendiri, cabaran pasti terletak pada kesesakan ketika berada di jalan raya manakala bagi yang menggunakan pengangkutan awam, kesukaran mungkin ketika…










