Projek KVDT Komuter dikaji semula - Utusan Malaysia

Projek KVDT Komuter dikaji semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Fasa kedua Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan dikaji semula oleh kerajaan berikutan kosnya yang terlalu tinggi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata, projek tersebut menelan kos sebanyak RM5.9 bilion dengan pelaksanaannya mengambil masa selama 7 tahun untuk disiapkan.

Menurut beliau, pelaksanaan projek itu juga menyebabkan berlaku kelancaran tren dari Pelabuhan Kelang ke Tanjung Malim terganggu.

“Kerja-kerja ini menyebabkan pengguna bagi kedua-dua laluan terpaksa menyambung perjalanan menaiki tren Transit Aliran Massa (MRT).

“Disebabkan itu, ramai pengguna terpaksa menempuh tempoh kelewatan selain jumlah penumpang meningkat menyebabkan tren sesak,” katanya pada sidang akhbar di KL Sentral di sini hari ini.

Fasa pertama KVDT yang bernilai RM1.4 bilion kini terpaksa ditangguhkan sehingga November tahun hadapan.

Ia meliputi kerja-kerja menaik taraf landasan sejauh kira-kira 42 kilometer (km) antara Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu.

Projek fasa kedua akan meliputi 110km dari Kuala Lumpur ke Klang, Salak Selatan ke Seremban dan Simpang Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Klang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN