JERLUN – Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yakin tidak akan berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini meskipun isu pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah masih belum selesai lagi. Kenyataan Mukhriz itu adalah bersandarkan alasan bahawa pihak Pakatan Harapan (PH) sedang mengadakan perbincangan secara tidak rasmi dengan Pas dan Barisan Nasional dalam usaha untuk menyelesaikan masalah pelantikan Speaker sebelum Persidangan DUN negeri bermula pada 4 Julai ini.…










