Polis terima laporan bapa Altantuya - Utusan Malaysia

Polis terima laporan bapa Altantuya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Jun – Polis Kuala Lumpur mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh bapa kepada model Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu semalam untuk membuka semula fail kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

Dr. Setev Shaaribuu
Dr. Setev Shaaribuu

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, laporan itu dikemukakan bapa Altantuya, Dr. Setev Shaaribuu di Balai Polis Dang Wangi di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 12.03 tengah hari semalam.

“Pihak polis juga selesai mengambil keterangan daripada Setev hari ini bermula pukul 9 pagi di tempat yang sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis akan merujuk semula siasatan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini