Polis sahkan 3 maut kemalangan bas dan lori - Utusan Malaysia

Polis sahkan 3 maut kemalangan bas dan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 3 Jun – Polis mengesahkan tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori tangki serta lori kontena di Kilometer 142 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Pagoh, kira-kira pukul 1 petang tadi.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mereka yang maut ialah pemandu bas tersebut, Shuaib Mohd. Unny, 50, dan dua penumpangnya.

“Penumpang yang maut merupakan dua wanita berusia lingkungan 20-an dan 50-an yang sedang dikenal pasti identiti mereka.

“Pemandu lori kontena yang berusia 30 tahun turut cedera, manakala pemandu lori tangki yang tidak cedera ditahan bagi membantu siasatan,” katanya, di sini sebentar tadi.

Zaharudin berkata, siasatan awal mendapati lori kontena itu dipercayai bergesel dengan lori tangki semasa menuruni susur keluar Tol Pagoh.

“Lori kontena terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbalik melintang di tengah lebuh raya sebelum bas dari arah Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur yang membawa 27 penumpang melanggar muatan belakang kontena yang telah tertanggal,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN