Polis, imigresen giat usaha jejak Jamal, Musa Aman – Muhyiddin - Utusan Malaysia

Polis, imigresen giat usaha jejak Jamal, Musa Aman – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan terus mempergiatkan operasi menjejaki Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang dipercayai melarikan diri ke luar negara, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita percaya kedua-dua individu ini telah meninggalkan negara ini. Justeru itu kita akan bekerjasama dengan polis luar termasuk Interpol bagi mengesan kedua-kedua mereka  ini,” beliau berkata demikian selepas menyertai Operasi Bersepadu JIM di Jalan Petaling di sini, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini mengesahkan waran tangkap terhadap Jamal telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini.

Waran itu dikeluarkan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.

Pada Jumaat lepas, Jamal dilaporkan menghilangkan diri selepas didakwa dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri dan kehilangannya dikatakan disedari oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira pukul 5.30 petang.

Sementara itu, media tempatan melaporkan Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah telah melarikan diri ke luar negara selepas didakwa mengugut Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN