SINGAPURA – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un semalam berjanji untuk berusaha ke arah perlucutan sepenuhnya senjata nuklear di Semenanjung Korea, manakala Washington komited memberikan jaminan keselamatan kepada Pyongyang. “Trump komited memberikan jaminan keselamatan kepada DPRK dan Jong-un mengulangi komitmen yang teguh untuk melucutkan senjata nuklear sepenuhnya di Semenanjung Korea,” kata satu kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas sidang bersejarah mereka di Singapura. DPRK atau…










