Permulaan usaha gugat kedudukan bahasa Melayu - Ismail Sabri - Utusan Malaysia

Permulaan usaha gugat kedudukan bahasa Melayu – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menggunakan bahasa Mandarin tanpa sebarang terjemahan dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam dianggap sebagai permulaan kepada usaha beliau untuk menghapuskan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Guan Eng itu merupakan satu manifestasi sikap dirinya dan DAP sendiri yang sentiasa cauvanis dalam perhubungan antara kaum.

“Jelas bahawa Guan Eng tidak dapat menyembunyikan sikap sebenar beliau yang rasis dan anti Melayu sehingga bahasa kebangsaan pun diketepikan dalam tugas rasminya sebagai Menteri Kewangan.

“Sikap biadab beliau lebih jelas lagi ditunjukkan apabila beliau enggan meminta maaf atas kesalahannya. Sepatutnya beliau memohon maaf dan berjanji untuk menghentikan tindakan salah itu sebaliknya beliau mempertahankan dirinya dan enggan memohon maaf,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN