Perkhidmatan 859 ketua kampung di Perak ditamatkan pada 30 Jun ini - Utusan Malaysia

Perkhidmatan 859 ketua kampung di Perak ditamatkan pada 30 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seramai 859 ketua kampung di Perak akan ditamatkan perkhidmatan pada 30 Jun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi.

Beliau berkata, pelantikan ketua kampung yang baharu akan diisi mulai 1 Julai depan bagi memastikan urusan pentadbiran berjalan dengan lancar.

“Proses (pelantikan) itu sedang berjalan, kami akan isi kekosongan mengikut tahap penyelesaiannya yang sudah selesai boleh terus isi yang belum kami akan selesaikan dalam masa terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sama ada mereka akan dipilih semula atau tidak itu bergantung kepada cadangan dari peringkat kawasan melalui penghulu dan pejabat daerah serta peringkat parti mungkin ada yang kekal sekiranya mereka boleh bekerjasama dengan kerajaan baharu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 50 asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi di Rumah Amanah Chemor di sini hari ini. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini