Perjanjian Air 1962 dikaji semula - Utusan Malaysia

Perjanjian Air 1962 dikaji semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan menyelesaikan isu bekalan air dengan Singapura secara diplomatik selain akan mengkaji semula perjanjian air yang dimeterai dengan negara tersebut sebelum ini.

“Air merupakan antara isu yang perlu kita selesaikan dengan Singapura dan kita akan duduk berbincang dengan mereka seperti orang yang bertamadun” katanya dalam temubual dengan Bloomberg hari ini.

Beberapa siri perjanjian sejak 1927 di antara Malaysia dengan Singapura mengenai bekalan air telah dipersetujui kedua-dua buah negara, apabila Singapura bergantung kepada Malaysia untuk membekalkan hampir separuh keperluan airnya.

Perjanjian Air 1962 yang akan berakhir pada tahun 2061 pula menyaksikan Malaysia menjual kepada negara itu 250 juta gelen air mentah sehari dengan harga tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.

Malaysia kemudian membeli semula air yang dirawat Singapura pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Sementara itu, dalam temubualnya bersama Channnel NewsAsia pula, Dr. Mahathir menyifatkan harga sebanyak tiga sen bagi setiap 1,000 gelen air yang dijual Malaysia kepada Singapura adalah tidak masuk akal.

“Saya fikir tidak masuk akal bagi kita menjual air pada harga tiga sen bagi setiap 1,000 gelen. Mungkin harga itu berpatutan pada tahun 1990-an atau 1930 tetapi sekarang apa yang boleh dibeli dengan harga tiga sen? Kita akan mengkaji kes ini dengan sebaiknya dan akan membuat pembentangan,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN