Perbankan digital diunjur 65% pada 2022 - Utusan Malaysia

Perbankan digital diunjur 65% pada 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Jun – Standard Chartered Malaysia (Standard Chartered) menyasarkan untuk mening­katkan kadar penggunaan perbankan digital kepada 65 peratus menjelang 2022.

Aaron Loo
AARON LOO

Ketua Negara Perbankan Peruncitan Standard Chartered Bank Malaysia, Aaron Loo berkata, pihaknya kini di landasan tepat bagi mencapai strategi untuk menjadi sebuah bank digital yang berdaya saing dan mampan.

Menurut beliau, kadar penggunaan perbankan dalam talian dan platform mudah alih meningkat secara konsisten saban tahun dengan hampir separuh pelanggan bank melakukan transaksi umum secara dalam talian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bank juga mendapati peratusan pe­langgan yang aktif menggunakan perbankan digital sekurang-kurangnya dua minggu sekali dan membuat pembelian e-dagang dalam tempoh enam bulan ter­akhir telah berkembang dengan signifikan sejak 2014.

“Jumlah berkenaan meningkat dua kali ganda sehingga 25 peratus daripada populasi di pasaran Asia baharu muncul dan berkembang 1.2 kali di negara Asia membangun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Loo, teknologi sentiasa menjadi keutamaan dalam strategi bank bagi meningkatkan kecekapan dan automasi, me­ngurangkan kesilapan manual serta me­ngu­kuhkan pencegahan jenayah kewangan.

Katanya, proses di­gital didorong oleh ko­mitmen bank yang mahu memberikan perkhidmatan terbaik dan efektif termasuk dengan memberi pilihan, kemudahan dan keselamatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini