KUANTAN 9 Jun – Seramai 7,324 penjawat awam Gred 41 ke bawah di negeri ini menerima ‘duit raya’ berjumlah RM450 daripada kerajaan negeri sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
![]() |
|
Wan Rosdy Wan Ismai
|
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian khas yang melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan kira-kira RM3.2 juta itu akan dibayar pada 12 Jun ini.
“Semoga dengan bantuan khas ini dapat membantu semua penjawat awam membuat persiapan sempena sambutan hari raya tidak lama lagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…












