Pelumba muda negara dapat penghargaan - Utusan Malaysia

Pelumba muda negara dapat penghargaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRESTASI membanggakan pelumba muda negara, Muizz Musyaffa dan Nazim Ahmad dalam Kejohanan Formula 4 Asia Tenggara (F4 SEA) sepanjang tahun lepas dihargai pada malam Anugerah Gala F4 SEA Meritus di Kuala Lumpur baru-baru ini.

MUIZZ (kanan) dinobatkan sebagai Juara Rookie Ketiga pada malam Anugerah Gala F4 SEA Meritus di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Muizz, 16, yang menaiki podium dua kali tahun lalu dengan kali terakhir pada pusingan akhir di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, dinobatkan sebagai Juara Rookie Ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelumba Thailand, Kane She­pherd memenangi anugerah tersebut, manakala pelumba Jepun, Hibiki Taira dinobatkan pemenang kedua.

Muizz turut menerima biasiswa untuk meneruskan impiannya dalam acara perlumbaan.

Sementara itu, Nazim, 17, yang bersaing di Eropah, menerima anugerah Pemanduan Terbaik susulan kejayaannya pada pusingan pembukaan F4 SEA iaitu perlumbaan sokongan F1 Malaysia Grand Prix di Litar Sepang pada Oktober tahun lalu.

Bintang meningkat naik dari China, Daniel Cao merangkul anugerah juara keseluruhan susulan prestasi cemerlang selepas tamat musim 2017.

Daniel turut memenangi anugerah Pusingan Terpantas pada perlumbaan di Sepang dan Filipina.

Turut mendapat pengiktirafan ialah Luke Thompson dari Ireland yang memenangi anugerah Best Recovery, Bakat Harapan (Alessandro Ghiretti – Perancis), manakala anugerah Jurutera Terbaik dan Mekanik Terbaik dimenangi masing-masing oleh Azizul Azfar dan Shah Effendy.

F4 SEA adalah kejohanan Asia Tenggara FIA iaitu tahap pertama untuk pelumba muda berusia antara 15 dan 19 tahun untuk melangkah ke kejohanan utama FIA seperti GT Racing atau Formula Satu (F1).
– Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×