Pekerja syarikat swasta didakwa tumbuk isteri - Utusan Malaysia

Pekerja syarikat swasta didakwa tumbuk isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


PETALING JAYA 27 Jun – Seorang pekerja syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk isterinya, dua minggu lalu.


Talhah Mohamad Amin, 35, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Nor Ain Miskon, 33, di sebuah unit kediaman di Apartmen Harmoni, Damansara Damai dekat sini kira-kira pukul 10 malam, 10 Jun lalu.


Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…


Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh memandangkan tiada sesiapa yang hadir sebagai penjaminnya.

Majistret Salamiah Salleh menetapkan 19 Julai ini untuk sebutan kes dan serahan dokumen terhadap Talhah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini