KUALA LUMPUR – Taktik pasangan kekasih yang menjual campuran dadah dalam botol minuman jenama terkenal berjaya dibongkar di Pandan Perdana di sini. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Polis Hamzah Alias berkata, lelaki tempatan dan wanita warga Thailand kedua-duanya berumur 30-an itu dipercayai mengedar dadah di sekitar Lembah Klang sejak tiga bulan lepas. Mereka ditahan pada kira-kira pada pukul 6.20 petang Selasa lalu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat…










