KOTA BHARU 7 Jun – Kerajaan Pas Kelantan memberi jaminan akan mengotakan kesemua janji atau tawaran dibuat sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) secara berperingkat. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, janji-janji tersebut tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa, sebaliknya memerlukan perancangan teliti bagi memastikan keberkesanannya. Walaupun begitu ujar beliau, ada antara janji berkenaan telah pun ditunaikan lebih awal sebelum PRU-14 seperti pemberian sumbangan kepada penarik beca sebanyak…










