ADEN – Pakatan tentera diketuai Arab Saudi kelmarin melakukan persiapan untuk menyerang pelabuhan utama Yemen sekali gus menjadi pertempuran terbesar sepanjang perang tiga tahun antara perikatan negara Arab dan puak Houthi yang menguasai ibu kota Yemen, Sanaa. Anggota pakatan tersebut, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memberikan tarikh akhir kelmarin untuk puak Houthi yang disokong Iran berundur dari bandar pelabuhan Hodeidah di bawah rundingan diterajui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Ini merupakan jam…










