KUCHING 22 Jun – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima sebanyak 3,721 panggilan kecemasan sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri sehingga petang semalam. Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid berkata, jumlah tersebut menyaksikan peningkatan enam peratus jumlah panggilan berbanding 3,510 kes pada tahun lalu. Katanya, operasi itu bermula dua minggu sebelum raya dan akan berakhir hari ini melibatkan 1,648 panggilan kebakaran, penyelamatan (1,828 kes) dan kemalangan jalan raya (245 kes).…










