Mukhriz dakwa perbincangan isu pelantikan Speaker dengan ADUN pembangkang positif - Utusan Malaysia

Mukhriz dakwa perbincangan isu pelantikan Speaker dengan ADUN pembangkang positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa  hasil perbincangan dalam usaha mencari jalan penyelesaian berhubung isu pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  pembangkan di negeri ini mendapat persetujuan yang positif.

Beliau berkata, kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) menaruh keyakinan proses pemilihan bagi melantik Speaker DUN pada persidangan DUN pada 4 Julai depan akan berlangsung tanpa timbul sebarang masalah.

“Kami (kerajaan negeri PH) harap calon Speaker kami disokong (ADUN) pembangkang,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini petang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Mukhriz memberitahu, beliau juga tidak menolak kemungkinan berlaku pilihan raya negeri (PRN) sekiranya kemelut pelantikan Speaker itu gagal diselesaikan pada persidangan DUN berkenaan.

Kosmo! semalam melaporkan Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada UMNO negeri dalam mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung kemelut pelantikan calon Speaker DUN sebelum persidangan DUN Negeri itu bermula 4 Julai ini.

Bagaimanapun, Menteri Besar itu berkata, semua pihak ingin mengelakkan berlaku pilihan raya negeri (PRN) di negeri ini disebabkan kos yang tinggi untuk menguruskan pilihan raya tersebut.

“Malah semua tidak hilang lagi penat menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan rakyat juga tidak berminat PRN,” katanya.

Namun, Mukhriz menambah, PH bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk dilaksanakan PRN.

“PH akan memastikan akan mencapai kemenangan besar akan dicapai PH sekiranya PRN diadakan nanti,” katanya.

Pada PRU-14 bulan lepas menyaksikan jumlah kerusi DUN Kedah antara kerajaan dan pembangkang terikat 18-18 iaitu 18 daripada PH, 15 Pas dan tiga BN. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini