Model ganti monopoli beras siap Ogos - Utusan Malaysia

Model ganti monopoli beras siap Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Jun – Kertas cadangan bagi menggantikan model lama untuk menggantikan monopoli Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) terhadap bekalan beras akan dibentangkan ke Kabinet selewat-lewatnya Ogos ini.

SALAHUDDIN AYUB
SALAHUDDIN AYUB

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, tiga jawatankuasa khas di bawah kementeriannta dan Industri Asas Tani dan satu badan induk telah ditubuhkan dalam usaha kerajaan untuk menunaikan salah satu manifesto Pakatan Harapan bagi menamatkan monopoli Bernas.

Katanya, model tersebut akan digunakan selepas tamat konsesi Bernas sebagai pengimport tunggal beras negara pada 2021.

“Jawatankuasa tersebut berperanan untuk menyediakan model baharu bagi pembekalan beras dalam negara serta import eksport komoditi itu untuk dikemukakan kepada badan induk yang akan dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Badan induk ini akan dianggotai Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta saya sendiri. Model ini akan dirumuskan pada pertengahan Julai dan di bawa ke Kabinet Ogos.

“Tujuan utama kita adalah untuk menurunkan harga beras dan dalam masa sama menjaga kepentingan pesawah tetapi ini semua bergantung kepada model tersebut nanti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN