Minat pencetus kejayaan Jaido - Utusan Malaysia

Minat pencetus kejayaan Jaido

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERMULA melalui penyertaan dalam pertandingan syarahan ketika di bangku sekolah, bakat serta minat yang dimiliki membolehkan gadis dari Kangar, Perlis ini melangkah lebih serius ke dunia pengacaraan.

Kepetahan bercakap dan keyakinan diri membuatkan Ezaieda Fazira Idris, 24 atau lebih selesa dipanggil Jaido mampu berbangga dengan pencapaian mengacara lebih 100 majlis daripada yang bertaraf korporat hingga majlis kecil-kecilan.

Penglibatan Jaido dalam bidang pengacaraan bermula ketika beliau berusia 18 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya ditawarkan Program Matrikulasi dalam bidang kimia namun kerana minat saya mengambil keputusan untuk mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka dalam bidang Komunikasi Massa.

“Keputusan untuk bertukar bidang itu dibuat berdasarkan minat dan keyakinan. Alhamdulillah, saya tidak menyesal dan selesa dengan keputusan itu,’’ katanya.

Anak bongsu daripada tiga adik beradik ini memberitahu, antara pengalaman pengacaraan terbesar pernah dipikul adalah program Indulging Malaysia Culture, United for Blood Tour for Semenanjung & Sabah’ dan Kunjungan Delegasi Pakistan ke Felda.

“Walaupun sudah mempunyai pengalaman hampir enam tahun, saya menganggap penglibatan saya dalam bidang ini masih lagi baharu dan memerlukan komitmen yang berterusan.

“Menjadi pengacara bukan sesuatu yang mudah terutama untuk berdepan dengan pelbagai jenis khalayak dan memahami ‘dunia’ mereka dalam masa yang singkat,’’ katanya.

Jaido berkata, berbekal pengalaman dalam bidang itu beliau berhasrat untuk memulakan perniagaan dalam perkhidmatan pengacaraan dan pengurusan acara pada masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini