MB Selangor angkat sumpah hari ini - Utusan Malaysia

MB Selangor angkat sumpah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan beliau mempersembahkan hanya satu nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat per­kenan baginda di sini semalam.

Nama calon Menteri Besar baharu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dipersembahkan Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR semasa beliau menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Bukit Kayangan di sini semalam.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin ketika ditemui selepas pertemuan dengan Sultan Sharafuddin enggan mendedahkan sama ada Menteri Besar itu dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang kini memegang jawatan Exco dalam kerajaan negeri atau sebaliknya.

Beliau berkata, nama yang dipersembahkan kepada Sultan Selangor berdasarkan perbincangan beliau dengan kepimpinan PKR.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN