Masjid Bandaraya Kota Kinabalu larang pelancong melawat sementara waktu - Utusan Malaysia

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu larang pelancong melawat sementara waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Pihak pengurusan tertinggi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) mengambil keputusan untuk melarang pelancong melawat masjid itu buat sementara waktu berkuat kuasa serta merta.

Pengerusi MBR, Datuk Jamal Tun Sakaran berkata, keputusan itu ekoran video yang tular di media sosial baru-baru ini berkenaan tindakan pelancong asing yang mempamerkan perilaku tidak senonoh iaitu menari di atas tembok pagar masjid itu.

“Pihak pengurusan tertinggi MBR menzahirkan rasa sangat kesal dengan tindakan segelintir pelancong tersebut meskipun sudah diberikan penerangan perilaku dan tertib di sekitar masjid,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berikutan kejadian itu juga, Jamal berkata pihak MBR memutuskan dengan serta merta bahawa semua bas ekspres, kenderaan pengangkutan Grab dan teksi tidak dibenarkan membawa pelancong masuk ke kawasan dan sekitar masjid, melainkan teksi yang sudah berdaftar dengan MBR. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN