Malaysian Tigress terus berpesta gol - Utusan Malaysia

Malaysian Tigress terus berpesta gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SKUAD hoki wanita negara menepati ramalan apabila sekali lagi mencatatkan kemenangan bergaya dengan sekali lagi berpesta gol membelasah Hong Kong 10-0 dalam aksi kedua Siri Hoki Terbuka Dunia di Singapura semalam.

Ia merupakan kemena­ngan kedua Malaysian Tigress yang kini memimpin carta liga sepusingan dengan jumlah 28 gol daripada dua perlawanan selepas meratah Indonesia 18-0 dalam aksi pembukaan kelmarin.

Pada aksi di Stadium Sengkang semalam, skuad negara, No. 22 dunia, ternya­ta langsung tidak dicabar oleh Hong Kong yang meng­huni ranking lebih rendah, ke-43 dunia.

“Kami tidak memandang rendah kemampuan Hong Kong dan kemenangan ha­­ri ini (semalam) terha­sil se­le­pas para pemain me­manfaat­kan setiap peluang yang ada.

“Kami sama sekali tidak boleh leka dengan dua kemenangan ini dan fokus sama akan diberikan untuk perla­wanan seterusnya,” kata ketua jurulatih Malaysian Tigress, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.

Tiga pemain termasuk kap­ten, Siti Noor Amari­na Ruhani, Nuraini Abdul Rashid dan Nur Amirah Syakirah Zulkifli masing-masing berjaya meledak dua gol dalam aksi tersebut.

Baki empat lagi gol skuad negara dijaringkan oleh Fa­tin Shafika Mahd. Sukri, Fazilla Sylvester Silin, Hanis Nadiah Onn dan Nuraslinda Said.

Ia merupakan kemena­ngan terbesar ke atas Hong Kong sepanjang tiga pertemuan selepas terdahulu turut menang besar 9-0 pada Pusingan Kedua Liga Hoki Wanita Dunia 2017 di Kuala Lumpur dan 6-0 sewaktu Piala Asia 2013, juga di Kuala Lumpur.

Skuad negara akan mene­ruskan kejohanan tersebut yang merupakan pusingan kelayakan awal Sukan Olim­pik 2020 menentang pasukan No. 34 dunia, Kazakhs­tan esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN