Malaysia mohon pinjaman Jepun - Utusan Malaysia

Malaysia mohon pinjaman Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau meminta Jepun memberi kredit Yen kepada Malaysia bagi membantu kerajaan untuk menangani masalah hutang negara yang besar.

Dalam taklimat kepada pemberita Malaysia mengenai hasil lawatan kerja tiga harinya ke Jepun semalam, Mahathir memberitahu, rakan sejawatannya, Perdana Menteri Shinzo Abe memaklumkan beliau bersetuju untuk menimbangkan permohonan berkenaan.

Mahathir menyebut perkara tersebut kepada Abe pada pertemuan sebelum itu mengenai pinjaman mudah yang diberikan oleh Jepun kepadanya ketika beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini dengan kadar faedah hanya 0.7 peratus yang dibayar balik selama lebih 40 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ketika ini kedudukan kewangan Jepun sangat baik namun kali ini beliau juga meminta negara tersebut menimbang untuk memberikan kredit Yen kepada Malaysia.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini