Lupakan seketika kombinasi klise air kelapa, pisang goreng dan keropok lekor yang acap kali dijual di deretan gerai jenis kayu di tepi pantai memandangkan menu seumpama itu ‘kurang ‘ ditawarkan tatkala anda beriadah mahupun mengisi perut sambil menikmati panorama matahari terbenam di Anjung Perdana, Pantai Tanjung Lipat, Likas di Sabah. Sebaliknya, variasi jagung rebus dan jus buah tiga lapisan menjadi signatur utama para peniaga di kawasan pantai itu bagi menarik…










