MISSISSIPPI, Amerika Syarikat – Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun menjadi lumpuh dan tidak boleh bercakap selama 12 jam selepas dia digigit sengkenit. FacebookSeekor sengkenit yang dijumpai pada kulit kepala Kirk. Jessica Griffin dari Grenada di sini pada mulanya beranggapan kaki anaknya, Kailyn Kirk, menjadi ‘kebas’ selepas kanak-kanak itu terjatuh dari katil pada waktu pagi. Bagaimanapun, ketika Griffin menyikat rambut Kirk, dia menjumpai seekor kutu dan kesan gigitan pada kulit…










