TIGA PULUH LIMA buah lukisan Josef Kote, pelukis Albania telah diteliti yang kesemuanya bermediumkan akrilik di atas kanvas. Alirannya impresionisme bersandarkan realisme manakala subjeknya, alam pantai, laut, bot, perempuan dan bangunan kota. Demikian lapisan atau struktur tampak karya. Yang diutamakan oleh penulis adalah struktur dalaman (deep structure). Ketinggian kualiti karya kesenian ditandai unsur struktur dalaman. Samalah seperti manusia, iaitu insan yang memiliki hati dan sanubari yang berkualiti dan akal yang…










