Liga Korea tidak sistematik – Tae-yong - Utusan Malaysia

Liga Korea tidak sistematik – Tae-yong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROSTOV-ON-DON, Rusia 24 Jun – Harapan Korea Selatan untuk meneruskan saingan dalam Piala Dunia belum padam meskipun tewas kepada Mexico semalam, dan jurulatih, Shin Tae-yong mengakui, masalah yang berlaku dalam liga domestik negara itu tidak boleh diabaikan.

Korea Selatan tewas 1-2 kepada Mexico selepas gol Carlos Vela dan Javier Hernandez memastikan skuad El Tricolor mengukuhkan kedudukan pendahulu Kumpulan G.

Jaringan cantik Son Heung-min pula tiba terlalu lewat, tiga minit memasuki waktu kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemenangan 2-1 yang dicatat Jerman ke atas Sweden menjadikan persaingan kembali terbuka buat Korea untuk layak ke peringkat kalah mati, namun mereka harus mengalahkan juara bertahan itu pada aksi terakhir, Rabu depan selain berharap Sweden tewas kepada Mexico.

“Kami mempunyai masalah sistematik. Kami perlu memikirkan bagaimana untuk meningkatkan kualiti liga domestik dan bekerja dengan pemain-pemain muda.

“Kami cetek pengalaman. Ini semua tidak akan hadir dalam satu malam,” kata Tae-yong.

Heung-min, yang merupakan bintang Korea Selatan, dibiarkan menggalas tanggungjawab berat di jentera serangan dan dia sering bersendirian tanpa sokongan bagi membolosi benteng Mexico.

Namun, pada ketika Korea Selatan memiliki peluang, momentum permainan mereka terjejas disebabkan satu lagi sepakan penalti yang dihadiahkan kepada lawan, setelah bola mengenai tangan Jang Hyun-soo dan Vela tanpa masalah menyempurnakan tugasnya itu.

Setakat ini, sebanyak 14 sepakan penalti telahpun diberikan pengadil sepanjang pertandingan.

“Pemain kami, saya rasa telah mempamerkan permainan yang mereka tidak akan kesali.

“Semua pemain bersatu sebagai sebuah pasukan dan sehinggalah ke minit terakhir mereka masih mampu memberikan yang terbaik. Saya bersyukur mereka memberikan yang terbaik sehingga ke hujung aksi,” tambah Tae-yong. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini