MACHANG 25 Jun – Detik cemas melihat menantu, Sulaili Hassan, 42, tenggelam ketika cubaan berenang ke tebing di Sungai Kelantan berhampiran jeti Temangan di sini kira-kira pukul 5.30 petang semalam masih terbayang di fikiran Che Deraman Jusoh, 55. Sehingga petang ini, Sulaili masih gagal ditemukan dan usaha mencarinya masih diteruskan. Kejadian itu dikatakan berlaku ketika mangsa sedang membaiki paip saluran penyedut pasir bersebelahan rumah rakit bersama bapa mertua dan adik…










