KUALA LUMPUR 20 Jun – Lebih 2,000 orang dijangka menyertai perhimpunan aman selamatkan institusi Islam dan raja-raja Melayu anjuran Pemantau Malaysia Baharu (PMB) pada Jumaat ini di anjung hadapan, Masjid Negara di sini. LOKMAN NOOR ADAM Presiden PMB, Datuk Lokman Noor Adam berkata, angka yang diberikan itu adalah realistik berdasarkan maklum balas yang diterima selepas berita mengenai perhimpunan itu dikeluarkan. “Kita terima maklum balas yang amat memberangsangkan daripada orang ramai…










