Lan Gajah meninggal dunia - Utusan Malaysia

Lan Gajah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Jun – Penasihat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman meninggal dunia di kediamannya di Keramat di sini pada pukul 10.45 pagi ini.

Allahyarham yang lebih popular dengan panggilan “Lan Gajah” dan merupakan antara pengasas Pekida, meninggal dunia pada usia 63 tahun akibat penyakit angin ahmar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak sulungnya, Rohaida yang juga Pengerusi Perhubungan Pekida Wilayah Persekutuan.

Menurut Rohaida, ayahnya menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Rohani Sudin.

Katanya, ayahnya meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak serta lapan orang cucu.

“Jenazah ayah dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudah, Batu Muda, di sini selepas solat Asar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Allahyarham tidak aktif dalam Pekida selepas menghidap penyakit misteri pada 2014. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini