Laksana tanggungjawab tanpa mengira parti - Utusan Malaysia

Laksana tanggungjawab tanpa mengira parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 3 Jun – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap, semua wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-14, dapat melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas untuk membela nasib rakyat.

TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH
TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH

Tengku Abdullah yakin semua wakil rakyat yang dipilih mampu menggalas tugas menjaga kebajikan rakyat pelbagai kaum tanpa mengira parti.

“Setelah selesai PRU… komposisi mereka yang dilantik di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang cukup menarik, kerana semua pihak akan diwakili parti baik parti kerajaan atau pembangkang.

“Setelah dapat mengenali se­tiap ADUN yang telah saya bersua muka, saya dapat rasakan sema­ngat nak bekerjasama… sema­ngat untuk membantu rakyat tetap ada bagi semua wakil rakyat tanpa mengira parti mana sekalipun.

“Saya berharap dan berdoa di bulan Ramadan ini supaya kita dapat ikhlas, amanah dan bertanggungjawab supaya apa yang penting, kita dapat mem­bela nasib rakyat di Pahang tanpa mengira kaum mana sekalipun sama ada Melayu, Cina, India dan Orang Asli,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa majlis berbuka puasa dan penyampaian sumba­ngan di masjid Taman Seri Semantan di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ahli Parlimen Temerloh, Mohd. Anuar Tahir dan Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin.

Pada majlis itu, 400 penduduk kurang berkemampuan di Parlimen Temerloh menerima sumbangan raya berbentuk wang tunai dan kuih raya.

Dalam ucapan itu, Tengku Abdullah turut menzahirkan perasaan sedih atas kemangkatan bonda mentua baginda, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah yang juga bonda kepada Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN