LONDON – Sebuah kubu yang didirikan di kawasan tengah sebuah pulau yang pernah menjadi benteng pertahanan Britain untuk menghalang penjajahan pemerintah Presiden Perancis, Napoleon III kini dijual pada harga £400,000 (RM2.1 juta).
Kubu Stack Rock yang terletak di luar pantai Milford Haven, Pembrokeshire dekat sini dibina antara tahun 1850 dan 1852. Ia digunakan oleh pihak Tentera Laut Diraja Dockyard di bandar Pembroke Dock.
Bangunan tiga tingkat itu mempunyai kemudahan bilik simpanan meriam dan tempat tidur. Kubu ini pernah menggunakan 16 meriam seberat 18 tan dan kekuatan 150 askar.
Bangunan yang pernah digunakan sewaktu Perang Dunia Pertama itu turut dinaik taraf pada tahun 1859. Pada tahun 2015, kubu itu disenaraikan untuk jualan pada harga £150,000 (RM802,100).
Kubu itu adalah lebih murah berbanding harga rumah di Britain dan Wales.
Pendaftaran Tanah Britain menganggarkan harga sebuah rumah di kota London adalah sebanyak £471,944 (RM2,5 juta) manakala di Wales, seunit rumah dijual sekitar £152,999 (RM817,865). – Agensi










