KUALA LUMPUR – Lima buah kenderaan rosak teruk apabila dihempap sebuah kren di tapak pembinaan hotel berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu. “Sejurus kejadian, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian dan pemeriksaan awal mendapati lima kenderaan…










